Kesatuan Olahraga Malaysia meluluskan permohonan juara 100m Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan dan Mohd Haiqal Hanafi untuk kembali ke pangkuan bekas jurulatih mereka, Mohd Poad Md Kassim.<br />Keputusan berpisah dengan pengarah teknikal KOM, Dwayne Miller akan berlangsung dalam masa terdekat kerana kedua-dua jaguh pecut itu kesuntukan masa melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.